3 AKTIVITI MALAM DI DATARAN PAHLAWAN MELAKA YANG WAJIB TRY!

Hey peeps! We believe kalau u all datang melawat dataran pahlawan waktu siang, here are a few things that you can do at night. Dataran pahlawan ni sebenarnya meriah jugak taw waktu malam. Rugi lah kalau datang sini just lepak hotel je layan Netflix kan. 


1.   Window shopping di Uptown Pahlawan Walk Market

melaka the guide

Kalau korang sejenis kaki jalan yang nak explore the culture of Melaka ataupun makanan yang pelik-pelik, boleh try lepak dan window shopping dekat Uptown dataran pahlawan ni. Tempat dia memang meriah, macam-macam benda ada jual. 

melaka the guide

melaka the guide

Nak relax-relax urut kaki ke, cuci mata tengok barang bundle ke, try kuih keria atau latok ke. Semua ada. Tempat dia pun bersih. So bosan-bosan kat hotel room tu bolehlah datang sini chill lepak-lepak okey? Uptown ni seberang jalan dekat Menara Taming Sari je pun.

 

2.      Short tour naik beca

melaka the guide

Kalau datang Melaka confirm sana-sini boleh Nampak beca. Tapi korang tahu tak beca ni sebenarnya unik sebab design dan decoration dia lain-lain? Well kalau korang datang Dataran Pahlawan ni, boleh nampak lah beca dia kebanyakkannya dihias dengan tema flora, anime atau kartun. 

melaka the guide

Contohnya Hello Kitty, Pikachu, Doremon, Minion dan macam-macam lagi. Then siap ada lampu-lampu dan muzik lagi nak attract pengunjung untuk naik beca pusing-pusing Dataran Pahlawan. Usually harga tiket untuk 1 beca adalah dalam RM15-30 untuk 30 minit. Okay lah kan buat ambil angin lepas penat berjalan uptown tadi.


3.      Wajib try Ikan Bakar dekat Kampung Alai!

melaka the guide

Dah dekat dengan laut, mestilah kena try ikan bakar kan? Mana nak cari tengah-tengah pekan tu? Okay, here we recommend you dekat Kampung Alai. Ada 1 medan selera ni, banyak kedai ikan bakar dekat sana boleh pilih. 

melaka the guide

Kalau datang weekend malam memang confirm beratur sampai luar pagar lah. Bukan setakat ikan bakar, daripada ketam, udang, kepah, lala, siput, semua ada. Boleh timbang kilo dan bagitahu chef nak masak apa. Fuuhhh, memang menjilat jari beb!

 

Okay we all share 3 aktiviti je dulu. Next post we’ll share more new things to you guys okay? Stay tuned guys!

 

Don’t forget to follow our:

Facebok: Melaka The Guide 

Instagram: Melaka The Guide

Comments